Labels

Monday 25 April 2016

Kashmir Itinerary : Budget trip 7 days 6 nights

Assalamualaikum.

20.3.16 saya dan 10 kawan saya pegi spring vacation di Kashmir! Jadi di sini saya nak share itinerary dan budget yang dah dihabiskan sepanjang berada di Kashmir. Ni semua adalah budget trip of me with 10 of my friends. Jadi saya harap post ni akan bagi banyak informasi untuk semua orang yang nak ke Kashmir under budget RM 1K!!! haaaaa x percaya? baca la ni... untuk makluman budget ni tak termasuk tiket kapal terbang ok. Disebabkan saya sekarang belajar di Bangalore. Jadi saya rasa tak adil la bagi yang nak bertolak dari Malaysia. Sebelum start nak bagitahu sikit. Semua yang budget yang akan saya cerita ni adalah dalam rupee India ok. Habis cerita semua kita convert ringit Malaysia ok!

Sepanjang berada di Kashmir kami mengambil khidmat tour agent. Atas ikhsan dari senior yang pernah ke sana kami pon ambik la tour guide yang sma yang macam diorang penah ambik dulu. Dah tahu feedback kan, jadi rasa yakin la sikit ngn tour guide tu. Kat India ni nak survive tak kena tipu macam tu la. Tak leh main ambik ja. Kena siasat dulu. Tanya punya tanya, tambah dengan search online tengok review dalam facebook semua, kitorang decide untuk pergi under agent Dal Lake Tours And Travels.

Memang kami semua ambik pakej dia yang paling budget sekali la.

Pakej Tour Kashmir + tempat tinggal (homestay)+ breakfast dan dinner - Rs 5500/person (RM 323) 
Flight ticket (Bangalore-Kashmir-Bangalore) - Rs 11300

Day 1 (20.3.16)
7.50 am : Flight ke kashmir! kitorang naik Spicejet. Taraf dia lebih kurang malindo air la. hurrmmm.                   But not bad la.
2.05 pm : Sampai Kashmir. Masa tu suhu dia belas-belas la. tak ingat berapa. dengan hujan lagi.                         sejuk gila! Agent dah tunggu kat airport. Nama dia Yousuf. Jadi kita angkat barang naik                       van dan bergerak ke rumah dia. Ya kami semua tinggal kat rumah dia (homestay) dengan                     family dia. Jadi dapat la merasa daily life orang Kashmir.
lunch : Rs 300

Hari first tak dak buat apa-apa sangat. Kita rehat dan panaskan badan. Sebab memang sejuk gila weyh!

Day 2 (21.3.16) - Gulmarg
Lepas sarapan dengan  family Yousuf yang sangat baik buatkan kitorang sarapan orang Kashmir iaitu homemade bread (saya tak tahu nama dia) dan chai (teh), kitorang pon gerak la ke Gulmarg.
Gulmarg terkenal sebagai tempat yang bersalji di kashmir. disebabkan hari yang kitorang pergi tu masih awal spring, jadi masih ada la saki baki slji kat Gulmarg tu. dapat la merasa main salji dan belajar main ski. best weyh!! Gulmarg is a must visit place in Kashmir.

Tapi ada benda yang leceh sikit bila smpai kat sana. Kita kena sewa kasut boot phua choo kang tu dan sewa tour guide. Yes! kena sewa diorang punya tour guide dan jeep untuk naik kt atas tu. Leceh kan! nasib baik yusouf tu dah bagitahu awal-awal harga yang kita boleh dapat kalau BARGAIN dengan orang sana. Itulah tips survival kitorang sepanjang ada kt Kashmir. Bargain sampai licin! so harga dalam ni adalah harga selepas bargain.

Sampai atas tu, kena naik sledge la pulak! sebab surrounding dia bersalji dan ada bnyk 4 point yang kitorang pergi dan jarak dia jauh-jauh. Jadi kitorang upah orang untuk tarik sledge. Korang akan menyesal kalau tak ambik. Bayangkan nak berjalan naik gunung dalam salji. Perrrghhhh

jujur cakap. walaupon ada 4 point. tapi point yang paling best adalah point last sekali iaitu ski point! yang lain semua hampeh. tapi disebabkan kitorang datang memang nak main ski pon. jadi harungkan jua 3 point yang terawal tu. best gila weyh! kau boleh upah cikgu untuk ajar kau main ski sampai PANDAI! haaaaaaa memang smpai puas la aku main.

Dah penat main skii kau pon balik la. Dengan perut lapar sebab main skii tak hengat dunia! haaa satu lagi tips. Orang-orang kashmir ni suka mintak tips. Kat mana-mana pon lepas diorang bagi service diorang akan mintak tips. Sama la ngn si org tarik sledge ngan tour guide tu. Kau rembat je la nak bg berapa pon. Ikut sedap hati. Tak nak bagi pon boleh. So aku tak masukkan la tips-tips yang aku bagi sepanjang aku kat kashmir ni.

Sewa kasut boot : Rs 150/person
tour guide + jeep : Rs 245/person
sledge : Rs500/person
skii teacher and equipments : Rs1000/person

jumlah : Rs1895

Day 3 (22.3.16) - Pahalgam
Macam biasa. Lepas sarapan kita bertolak ke Pahalgam untuk horse riding!!! Best gila dan paling berbaloi baloi baloi!! Wajib weyh pergi. Kau dapat naik kuda. Dan kuda tu akan naik gunung. Dan kau boleh lepak kat puncak gunung tu. Dan kau turun balik ngn kuda tu jugak. Dan ia mengambil masa selama 5 jam!! yes!!! 5 jam weyh kau naik kuda!! haaaa kengkang ah jalan lepas turun dari kuda tu. Apa yang tak best? Kau kena sewa boot phua choo kang tu jugak. Tapi mmg berbaloi la. Sebab track dia sangat berlecak. Kau tak nak ah kasut baru nike adidas kau tu kena lecak kan. So kau pon sewa la.

Apa yang best pasal ni is kau akan lunch kat puncak gunung tu taw. Ada stalls kecik jugak kat atas gunung tu jual meggi, air teh, jajan. Tapi nak lagi best bawak la bekal sendiri. Tu yang aku paling menyesal sampai sekarang. Tak bawak bekal untuk luch kat atas tu. sobs sobs sobs. turun daripada tu kita pon balik la untuk dinner.

sewa kuda dan boots :Rs1000/person

jumlah : Rs1000

Day 4 (23.3.16) - Sonamarg
aku tak tahu sangat apa yang special pasal sonamarg. sebab lepas aku pegi tempat tu aku rasa tak berbaloi. dan tak de apa-apa sangat pon. kitorang pergi pon sebab ada dalam itinerary untuk ponny ride. tapi sebab semalam tu dah naik kuda smpai sakit bontot semua. jadi kitorang decide untuk naik jeep untuk setiap point dia. Hahaha. kosep yang dipakai sama macam masa kat gulmarg. kena ada tourguide dan  kena sewa jeep dan boot. dia ada 4 point jugak kalau tak silap aku. Glacier point, river point, fish point and bridge point. Semua tak best. hahaha tapi kau pegi dan tangkap gambar. sebab tempat tu cantik sangat!! Dan ada salji! tapi tak banyak macam kat Gulmarg.

Tourguide+jeep+boot = Rs700/person

jumlah : Rs700

Start dari ni dah x nak cerita banyak sebab tak dak benda pon nak cerita. Sebab kita ada tourguide kita time ni. So takyah bargain ngn orang. Jadi semua harga fixed dan berbaloi!

Day 5 (24.3.16) - Srinagar sightseeing
Jamia Masjid Srinagar: free
Hari-Parbart Fort : Rs 30
Badamvaer (almond valley) : Rs 20
White mosque : free
Lunch : Rs 242/person

Jumlah : Rs 292

Day 6 (25.3.16)
Shalimar Mughal Garden : Rs15
tulip garden : Rs 20
carpert factory : free
houseboat : include in the package
lunch : Rs342/person

Jumlah : Rs 377

Day 7 (26.3.16) - Back to Bangalore.
12.00: flight ke bangalore. Balik kita naik indigo. Setaraf dia Air Asia. Best gak ah!

Souvenirs
key holder : Rs150
15 small wooden boxes + fridge magnet : Rs1000
2 leather bags : Rs600
1 pouche : Rs100
keychain : Rs15

Jumlah : Rs1865

Jumlah keseluruhan : Rs 11929 (tidak termasuk tiket flight)
Bersamaan dengan RM700.  tak percaya pergila convert sendiri. hurrmmmm. k lah dah penat cerita. nah gambar pulak. berbaloi baloi pergi kashmir ni. tak perlu budget yang banyak pon sebenarnya kalau pandai berbelanja. kalau nak tengak macam live gitu boleh la tengaok video yang saya bua di you tube. Kashmir 2016 . video boleh view dalam laptop dan komputer sahaja sebab ada copy right content. Jangan marah ya.

Diingatkan sekali lagi. saya pergi trip ni dengan 10 orang kawan. jadi ni adalah individualised punya budget. Sebab saya tak beli banyak sangat souvenirs berbanding diorang semua. Budget trip la katekan!! harap post ini membantu orang yang ingin ke Kashmir. Jangan risau kashmir selamat orangnya pon baik-baik. Cuma ada annoying je sikit. HAHA (sbb selalu mintak tips punya pasal)tapi
posing dulu.

kabab! sedap gila! setai kali lunch aku cari benda ni!

Rista! pon sedap!!

ni makan masa first day. bahagi 11 orang jadi lagi budget!

dah smpai homestay! jantik hila environment dia!


ini lah jalan kitorang hari-hari nak balik homestay! amacam? bestkan!!!

Gulmarg!

Sledge!

jakun kejap jumpa salji pertama kali dalam hidup ni.

kita ski dulu!


kashmiri girls!

horse riding di Pahalgam!

setelah 2 jam lebih naik kuda ni la pemandangan yang akan disajikan! bayangkan la hampa lunch dengan pemandangan ni. perrghhhhhh!!

tangkap gambar dulu!

belajar buat tikar dengan mak yusouf.

Jamia Masjid

Hari-Prabat fort ni atas gunung.

Pemandangan srinagar dari fort!

almond valley ni cantik. boleh bawak bekal lunch makan kat sni jugak.

sonamarg

river point kat sonamarg

white mosque

Shalimar Mughal Garden. kat sini pon best. sebab dia punya environemnt ala-ala kat jepun ngn bunga semua blooming. spring la katekan. tapi malangnya hari tu hujan. 

tulip garden! highlight of the trip! tapi time tu pon hujan. sob sob sob.



19 comments:

  1. Its splash not sledge. 😝

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum akak, nak tanya mbbs unikl rcmp ada buat twinning program ke dekat bangalore?

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Saya sdg mencari tourist guide yg murah dan best. Dan saya tertarik dgn cerita cik dalam entry ni. Boleh sy dptkn cara nak contact agen yousuf tu?

    ReplyDelete
  4. Assalam. Saya pun nak contact yousuf boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan try cari Dal lake tour kat fb. Ada no contact kat info

      Delete
  5. klu bawa family dan ank sekolah rendah sesuai ka...?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dik,akak nak tanya. dekat Gulmarg and Pahalgam, adik lunch tak?
    kalau lunch, nak tau nama restoran. atau boleh suggest any restaurant area pahalgam n gulmarg untuk lunch?

    Terima kasih dik..

    ReplyDelete
  7. you us agent right?boleh tau details agent tu

    ReplyDelete
  8. Boleh x nk tau kalau nk berjalan2 di bangalore dengan mysore macam mana? Ada travel agent x?

    ReplyDelete
  9. salam...
    Just nak tanya...contoh kami dari malaysia, nk ke kashmir amek flight mana?thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Malaysia kena amik flight ke delhi. Lepas tu dari delhi kena amik flight ke Srinagar(Kashmir)

      Delete
  10. Boleh dapatkan no untuk homestay. Tq sangat2 :) Help me please 60 11-5175 3412

    ReplyDelete
  11. salam sayang akak nak tanya - kena sewa boot then kasut kita letak mana

    ReplyDelete
  12. Thanks for posting such a wonderful post. Get more information about the Kashmir Itinerary by visiting the website: http://www.crimsonholidays.in

    ReplyDelete
  13. sorry I didn't reply to most of the comments because I have been busy with my life. if you have question feel free to email me at awatifnan@yahoo.com.

    ReplyDelete